Permintaan barangan halal dan perkhidmatan dijangka meningkat dengan perbelanjaan global diramal mencecah $AS2.8 trilion menjelang tahun 2025.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia menjadikan prospek ekonomi Islam global yang baik, sekali gus potensi besar perlu dimanfaatkan peniaga serta pelabur.
